MAKANAN-MAKANAN YANG SANGAT BAIK JIKA ANDA MAHU MENURUNKAN BERAT
 

Tidak semua kalori diciptakan sama.

Lain makanan, lain juga fasa perjalanan proses metabolisma dalam badan anda.

Setiap kalori yang berbeza akan memberikan efek yang berbeza dari segi kelaparan, hormon , dan jumlah kalori yang dibakar.

Di sini ialah senarai makanan yang sangat baik untuk turunkan berat anda (weight-loss-friendly foods)

TELUR

Walaupun pengambilan telur yang banyak menaikkan paras “kolesterol jahat” pada sesetengah orang, telur masih merupakan makanan yang top untuk dimakan jika anda mahu menurunkan berat badan. Telur tinggi dengan protein dan fat, dan sangat memuaskan.

1 kajian yang melibatkan 30 wanita yang obese menunjukkan yang memakan telur ketika sarapan memberikan perasaan kenyang yang lebih memuaskan, dan secara tidak langsung membuatkan peserta kajian lebih kurang makan pada 36 jam yang seterusnya. SUMBER

1 lagi kajian selama 8 minggu pula menunjukkan bahawa telur ketika sarapan membantu proses penurunan berat dalam diet yang mengehadkan pengambilan kalori. SUMBER

Telur juga kaya dengan nutrient dan akan membantu anda mendapatkan banyak nutrient yang diperlukan dalam diet. Menariknya, hampir semua nutrient ada di dalam kuning telur berbanding putih telur.

Kesimpulannya: Telur sangat mengenyangkan dan kaya dengan nutrient. Jika dibandingkan dengan bagel contohnya, telur mampu membuatkan anda berasa lebih kenyang dengan lebih lama dan akan mengurangkan rasa ingin makan lagi.

SAYUR HIJAU

Sayur hijau seperti sayur kubis, bayam, sawi dan lain-lain.

Sayuran hijau mengandungi kandungan yang membuatkannya sempurna untuk diet menurunkan berat kerana mempunyai kurang kalori dan karbohidrat serta kaya dengan fiber.

Memakan sayuran juga ialah cara yang paling baik untuk membesarkan saiz hidangan anda tanpa meningkatkan intake kalori anda.

Sayur hijau juga sangat bernutrisi dan sangat tinggi dengan pelbagai vitamin, anti oksida dan juga mineral, contohnya kalsium, yang sudah pun dibuktikan untuk membantu proses bakar lemak. SUMBER

Kesimpulannya: Sayur hijau ialah makanan yang sangat baik untuk dimasukkan dalam diet membuang lemak anda kerana ianya rendah kalori dan tinggi fiber. Ia juga akan membuatkan anda lambat berasa lapar.

SALMON

Ikan seperti ikan salmon sangat menyihatkan dan sangat berkhasiat. Ia juga akan membuatkan anda kekal kenyang selama beberapa jam dengan kalori yang tidaklah terlalu banyak.

Ikan salmon sangat kaya dengan protein yang berkualiti tinggi, lemak yang baik dan juga banyak nutrien yang penting, ditemui di dalam ikan salmon.

Ikan, atau ikan laut secara am, juga membekalkan jumlah iodine yang banyak dalam diet pemakanan anda.

Nutrient iodine ini sangat penting untuk thyroid anda berfungsi dengan baik, dan ia juga membuatkan kadar metabolism anda berjalan dengan lancar. SUMBER

Salmon juga kaya dengan omega-3 fatty acids, yang mampu mengurangkan inflammation atau kebengkakkan.

Ikan lain seperti ikan kembung, sardine dan ikan trout juga sangatlah baik untuk diet.

Kesimpulannya: Ikan salmon baik kerana tinggi omega-3 yang sangat membantu dalam diet.

DAGING DAN DADA AYAM

Banyak yang menyangka bahawa daging tidak baik untuk diet sihat. Ia sebenarnya tidaklah 100% betul.

Walaupun daging yang diproses tidak menyihatkan, kajian menunjukkan daging merah yang tidak diproses tidak meningkatkan risiko masalah jantung ataupun diabetes jika dimasukkan di dalam diet. SUMBER SUMBER2

Yang sebenarnya, daging ialah makanan yang sangat “weight-loss friendly” kerana ianya kaya dengan protein.

Protein ialah nutrient yang sangat mengenyangkan dan diet yang mengandungi protein yang tinggi boleh membuatkan anda membakar sehingga 80-100 kalori per hari.

Kajian juga menunjukkan yang membanyakkan kandungan protein dalam diet mampu untuk membuang “craving” ataupun mengurangkan nafsu makan anda sehingga 60%. Ia juga mampu untuk mengurangkan perasaan untuk makan di lewat malam dan boleh mengurangkan berat badan sehingga 0.45 kg per minggu. SUMBER SUMBER2

Jika anda sedang mengamalkan diet rendah karb ( low carb diet ), silakan jika anda mahu makan daging. Tetapi jika anda sedang mengamalkan diet yang tinggi karb, memilih “lean meats” lebih bagus. Lean meat ialah daging yang mengandungi peratus lemak yang rendah.

Kesimpulannya: Daging yang belum diproses sangat bagus diambil untuk meningkatkan pengambilan protein dalam diet. Menggunakan protein untuk menggantikan karb dan fat ialah cara yang lebih mudah untuk membuang lemak berlebihan

KENTANG REBUS

Ada yang menyatakan bahawa kentang tidak elok untuk kurangkan lemak. Tetapi, ada beberapa sifat makanan sempurna untuk diet yang ada di dalam kentang. Sama ada dari segi mengurangkan lemak ataupun dari segi kesihatan. 

Kentang mengandungi nutrient yang agak banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan sebiji kentang ada nutrient yang serba serbi lengkap, dan cukup untuk diet yang anda perlukan. 

Terdapat rekod yang mengatakan ada manusia yang cuma hidup dengan memakan kentang sahaja dalam jangka masa yang panjang! 

Khasiat kentang boleh dilihat dengan kandungan potassium yang tinggi. Potasium ialah nutrient yang penting yang ramai tidak amalkan dan memainkan peranan besar dalam kawalan tekanan darah. 

Memasukkan kentang dalam diet juga akan mudah mengenyangkan dan membuatkan anda kurang untuk makan makanan lain.

Kesimpulannya: Kentang rebus adalah antara makanan yang mudah mengenyangkan. Ia bagus untuk mengurangkan selera makan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

PENUTUP ARTIKEL

Mencari makanan yang baik untuk menurunkan berat sangat lah mudah. Terdapat pelbagai makanan yang wujud di muka bumi ini yang boleh membantu anda. Anda cuma perlu pandai mencari ilmu mengenai pemakanan. Banyak lagi sebenarnya makanan yang baik tapi belum dapat dimasukkan dalam senarai ini seperti, kekacang, ikan-ikan laut, yogurt, buah-buahan dan pelbagai lagi.

Secara ringkasnya, elakkan mengambil makanan yang diproses dalam kuantiti yang banyak. Bukan tidak boleh, tapi cuba hadkan pengambilannya. Anda tahu makanan mana yang saya maksudkan.

 Tidak juga semua makanan proses itu tidak baik, terdapat juga makanan yang diproses yang baik untuk diet, sebagai contoh yogurt probiotik, oatmeal dan juga minyak zaitun. Sangat bagus untuk diamalkan.

Dengan diet yang sihat dan bersenam, anda kini hanya perlu kekal konsisten dan saksikan perubahan di fizikal dan juga mental anda.

Susah nak turunkan berat? Naik berat senang, tapi bila nak turun, sangat lah payah. Tension tengok perut boroi/buncit? Saya cadang tuan/puan cuba EvoCut ni. Sekarang pun tengah ada promo baik punya ni.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Susah nak naik otot? strength stamina pun takde? Workout dah bertahun2 tak naik2 juga? kurus kering? Saya cadang bro cuba booster otot NOSTRON-6 ni. Sekarang tengah ada harga promo dan free gift.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Susah nak naik berat? Makan banyak pon tak naik2 juga? kurus kering? Saya cadang bro cuba protein SUPERIOR MASS ni. Sekarang tengah ada harga promo dan free gift.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Kerap sakit-sakit badan lepas workout? Proses recovery otot selalu ada masalah? Saya cadang boleh cuba BCAA+GLUTAMINE ni. Sekarang tengah ada harga promo dan free gift.
Klik gambar untuk belajar dengan lebih lanjut.
Facebook
Link
Copyright © *2019* * Badang Muscle Booster*, All rights reserved.